Terima
kasih atas kunjungan anda ke kedai online kami. Bagi memudahkan urusan
jual beli melalui kedai online Butik Bunga Tabur (BBT), kami menyediakan
polisi yang perlu dibaca oleh anda.
Butik
Bunga Tabur (BBT) berminat untuk berurusan dengan pembeli yang serius
atau yang benar-benar berminat dengan barang jualan kami sahaja.
Polisi yang menjadi amalan Butik Bunga Tabur (BBT) adalah seperti berikut:
1) POLISI PESANAN/PEMBELIAN
I) Pesanan
atau pembelian daripada pelanggan Butik Bunga Tabur (BBT) hanya akan
diproses selepas menerima pesanan melalui Borang Pesanan yang disediakan
dalam blog Butik Bunga Tabur (BBT), FB Page Butik Bunga Tabur (BBT), dan email butik.bungatabur@gmail.com
II) Kos
penghantaran produk atau tudung Butik Bunga Tabur (BBT) akan ditanggung
oleh pelanggan, melainkan dinyatakan sebaliknya secara jelas dalam
keterangan produk.
III) Sebarang tempahan produk atau ‘booked/reserved items’ akan berkuat kuasa hanya untuk tempoh 48 jam dari waktu tempahan dibuat. Tempahan produk atau ‘booked/reserved items’ akan terbatal secara automatik selepas tempoh tersebut.
2) POLISI JUALAN/PEMBAYARAN
I) Jualan yang dijalankan oleh Butik Bunga Tabur (BBT) berdasarkan tempahan terawal yang diterima. (First Come, First Serve basis).Walau bagaimanapun, pelanggan yang bersedia membuat bayaran terawal akan didahulukan.
II) Pembayaran
hendaklah dibuat oleh pelanggan melalui akaun bank yang dipilih oleh
pelanggan (akan dimaklumkan dalam email pengesahan tempahan) dalam
tempoh 48 jam dari waktu tempahan atau pesanan dibuat. Pihak Butik Bunga
Tabur (BBT) berhak membatalkan pesanan atau tempahan yang dibuat
sekiranya pembayaran tidak diterima oleh Butik Bunga Tabur (BBT) dalam
tempoh tersebut.
3) POLISI PRODUK
I) Paparan visual atau gambar produk akan berbeza mengikut pengcahayaan, flash
kamera atau paparan skrin pelanggan Butik Bunga Tabur (BBT). Sehubungan
itu, produk yang dijual di Butik Bunga Tabur (BBT) akan dipamerkan
secara visual (gambar) atau keterangan, atau kedua-duanya sekali dengan
niat/tujuan baik (good faith).
II) Butik
Bunga Tabur (BBT) berhak melakukan perubahan terhadap visual gambar
atau keterangan produk dari semasa ke semasa dengan niat/tujuan baik (good faith).
4) POLISI PENGHANTARAN
I) Penghantaran akan dilakukan dalam tempoh 48 jam selepas pengesahan penerimaan pembayaran dibuat oleh Butik Bunga Tabur (BBT).
II) Penghantaran hanya akan dilakukan pada hari bekerja sahaja.
III) Penghantaran
akan dilakukan dengan menggunakan kurier Pos Laju (Pos Malaysia) dan
kos penghantaran tertakluk kepada kos atau caj yang dikenakan oleh pihak
Pos Malaysia mengikut destinasi dalam Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak.
(Rujuk laman Pos Laju untuk rujukan harga penghantaran di sini).
IV) Sebarang
kelewatan, kerosakan atau kehilangan produk jualan yang berlaku semasa
penghantaran atau di bawah kendalian Pos Laju (Pos Malaysia) adaah di
luar tanggungan Butik Bunga Tabur (BBT).
5) POLISI PENUKARAN/PEMULANGAN PRODUK
I) Tertakluk
kepada perkara (II) dan (III) berikut, produk yang dijual kepada
pelanggan Butik Bunga Tabur (BBT) adalah muktamad. pengembalian barang
atau tuntutan pengembalian wang tidak boleh dilakukan.
II) Sekiranya
berlaku kesilapan penghantaran oleh pihak Butik Bunga Tabur (BBT)
barang yang diterima hendaklah dikembalikan kepada Butik Bunga Tabur
(BBT) dalam tempoh 3 hari untuk ditukar dengan produk pesanan sebenar
dan kos pemulangan dan penghantaran semula akan ditanggung oleh Butik
Bunga Tabur (BBT). Sekiranya pelanggan gagal memulangkan produk tersebut
dalam tempoh 3 hari pelanggan dianggap tidak berminat untuk melakukan
penukaran dan bersetuju dengan pembelian produk yang diterima.
III) Tertakluk
kepada budi bicara Butik Bunga Tabur (BBT), pelanggan boleh melakukan
penukaran produk yang diterima dengan produk lain (yang setara harga
atau menambah bayaran harga sekiranya harga barangan yang hendak ditukar
lebih tinggi daripada barangan yang diterima) sekiranya pelanggan
mengemukakan alasan yang munasabah. Kos pemulangan/penghantaran semula
produk yang hendak ditukar akan ditanggung oleh pelanggan.
No comments:
Post a Comment